Kehidupan awal, pendidikan dan keluarga Bernie_Sanders

Sanders dilahirkan di Brooklyn kepada Dorothy (née Glassberg) dan Eli Sanders.[6][7] Bapa beliau adalah pendatang Yahudi dari Poland dimana keluarganya terbunuh dalam holokus[6][8] manakala ibu beliau dilahirkan di Bandar Raya New York kepada ibu-bapa pendatang Yahudi.[9][10]

Sanders menghadiri sekolah rendah di P.S. 197 dimana beliau memenangi kejohanan negeri bersama pasukan bola keranjang. Beliau menghadiri sekolah Bahasa Ibrani pada waktu tengah hari dan menyambut bar mitzvah pada tahun 1954. Sanders menghadiri Sekolah Tinggi James Madison dimana beliau merupakan kapten pasukan trek.[11] Semasa di Madison, Sanders tewas pilihan raya pertama beliau, menduduki tempat terakhir daripada tiga calon untuk presiden badan pelajar. Ibu Sanders meninggal dunia pada bulan Jun 1959 ketika berumur 46 tahun tidak lama selepas Sanders menamatkan pembelajaran dari sekolah tinggi.[8]

Sanders belajar di Kolej Brooklyn untuk setahun pada tahun 1959–60[12] sebelum berpindah ke Universiti Chicago. Pada tahun 1964, Sanders menamatkan pengajian dari Universiti Chicago dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam sains politik. Beliau mengahwini Deborah Shiling dan mereka membeli rumah di Vermont; mereka tidak mempunyai anak dan bercerai pada tahun 1966. Untuk beberapa tahun berikutnya, beliau mengambil pelbagai kerja di New York dan Vermont.[13] Anak beliau, Levi Sanders, dilahirkan pada tahun 1969 kepada Susan Campbell Mott. Pada tahun 1988, Sanders mengahwini Jane O'Meara Driscoll, bekas presiden Kolej Burlington di Burlington, Vermont.[14] Bersamanya, beliau mempunyai tiga orang anak tiri.[15]

Rujukan

WikiPedia: Bernie_Sanders http://www.bloomberg.com/politics/articles/2015-05... http://www.burlingtonfreepress.com/story/news/loca... http://www.chicagomag.com/Chicago-Magazine/Felsent... http://www.cnn.com/2015/04/30/politics/bernie-sand... http://www.cnn.com/2015/05/27/us/bernie-sanders-fa... http://www.cnn.com/2015/05/27/us/bernie-sanders-fa... http://media.cq.com/members/509?rc=1 http://articles.latimes.com/1985-04-28/news/vw-215... http://mic.com/articles/117674/bernie-sanders-rais... http://mic.com/articles/122011/watch-young-senator...